MANFAAT

MANFAAT AMALAN AYAT KURSI

Dengan hanya memiliki atau memakai ilmu Hikmah Karomah Ayat Kursi Anda sudah mendapatkan banyak manfaat. Namun apabila Anda sedang mempunyai masalah yang sangat berat bagi Anda atau Anda mempunyai hajat (keinginan) tertentu, Anda dapat melakukan Amalan Ayat Kursi sebagai usaha batin Anda.

 

“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang merubah apa-apa yang ada pada diri mereka ” (QS.13:11)

 

Maksud yang terkandung dari ayat diatas adalah agar manusia mahu berupaya dan berusaha untuk mengubah takdir dan memperbaiki nasib hidup yang sudah menjadi ketentuan Allah bagi setiap manusia. Allah telah menetapkan takdir dan nasib hidup dari masing-masing manusia berupa rezeki, hidup, mati dan jodoh.

 

Rezeki dan jodoh adalah dua hal yang akan mengiringi perjalanan hidup setiap orang sebelum akhirnya kematian datang. Bagi sebahagian kecil orang diberi nasib baik dengan kemudahan dan kelancaran mengenai rezeki dan jodoh, tapi  sebahagian besar yang lainnya masih diberi nasib buruk.

 

Dan jika boleh memilih, tentunya anda akan memilih menjadi dari sebahagian kecil dengan menjadi orang yang bernasib baik, dengan selalu diberi kemudahan dan kelancaran di dalam mendapatkan rezeki dan jodoh. Tapi bagaimana jika saat ini anda berada di golongan orang yang masih bernasib buruk? Ekonomi belum mantap, usaha dan bisnes belum lancar bahkan mungkin gagal, karier pekerjaan belum jelas, jodoh atau pasangan hidup belum juga ada, dan masih banyak lagi problem dan permasalahan hidup yang lainnya. Dari itu semua bolehkah takdir dan nasib hidup di ubah dan diperbaiki?

 

Takdir dan nasib hidup masih sangat boleh diubah dan diperbaiki! Jika tidak boleh tentunya Allah tidak akan menurunkan ayat diatas!

 

Tetapi yang perlu diketahui takdir dan nasib hidup tidak boleh dijangkau oleh logik akal semata-mata. Kerana takdir dan nasib hidup bukan bahagian dari logik, nalar mahupun cara berfikir. Takdir dan nasib hidup anda bahagian dari batin anda. Silakan anda renungkan dan resapi hal dibawah berikut.

 

Jika anda mahu jujur pada diri sendiri tentunya akan mengakui bahawa saat ini untuk hidup tidaklah mudah. Saat ini hidup penuh dengan persaingan yang sangat ketat dalam hal karier pekerjaan, jodoh, usaha dan bisnes. Disertai pula perbelanjaan hidup dan beban ekonomi yang tinggi telah membuat anda semakin tertekan batin. Paru-paru anda semakin terhimpit yang membuat anda semakin sesak nafas.

 

Fikiran anda pun juga sudah tidak boleh lagi diajak bekerjasama yang mengakibatkan anda mengalami kebuntuan terhadap solusi hidup, dan anda pun juga tidak tahu mesti harus berbuat apa lagi untuk mengatasi permasalahan dalam hidup anda. Seakan nasib baik dan keberuntungan telah pergi jauh meninggalkan anda. Sehingga anda mengalami lelah fizikal, mental dan batin yang teramat sangat.

 

Sebagai gambaran apakah saat ini anda mengalami salah satu dari hal-hal berikut ini :

  •  Apakah masalah selalu bersahabat dengan hidup anda (selalu sial)?
  •  Apakah hidup anda gali lubang tutup lubang?
  •  Apakah ekonomi rumah tangga anda tetap tidak ada perubahan?
  •  Apakah ketenteraman dan harmonisasi rumah tangga anda bermasalah?
  •  Apakah bisnes dan usaha anda selalu gagal?
  •  Apakah bisnes dan usaha anda selalu kalah bersaing?
  •  Apakah anda belum menemukan peluang perniagaan atau peluang bisnes?
  •  Apakah restoran atau warung anda sepi pembeli?
  •  Apakah karier pekerjaan anda tidak ada peningkatan?
  •  Apakah anda belum juga mendapatkan pekerjaan?
  •  Apakah anda belum juga mendapatkan jodoh?

 

Dan tentunya masih banyak lagi pertanyaan “apakah” yang lain yang ada dalam hidup anda berkaitan dengan permasalahan atau persoalan hidup. Dan anda seolah-olah menjalani hidup ini seperti tidak mempunyai pilihan lain, anda menjalaninya dengan keterpaksaan.

 

Mahu tidak mahu tetap harus dijalani, suka tidak suka harus anda jalani. Sehingga seringkali membuat anda menjadi menyerah pada suatu keadaan dan menyerah pada nasib. Hidup anda mengalir begitu saja.

 

Sementara hidup adalah pilihan. Anda berhak memilih hidup seperti apa yang anda inginkan yang tidak melanggar norma agama mahupun norma sosial.

 

Yang namanya hidup jika ada masalah itu wajar, kerana memang tidak ada yang sempurna dalam hidup. Tapi jika masalah itu terus menerus datang tanpa ada perubahan menuju pemulihan atau peningkatan dalam hidup apa itu boleh juga dikatakan wajar? Sementara segala upaya berupa ikhtiar lahir sudah dilakukan.

 

Dari rumus A hingga Z, teori zaman dulu sampai yang terbaru, dan perencanaan yang sangat jeli dan matang sudah disusun dan ditata. Tapi ternyata hidup anda tetap saja tidak ada perubahan. Tetap bersahabat dengan berbagai masalah hidup yang tak kunjung usai.

 

Ketidakpastian masa depan terhadap biaya hidup, beban ekonomi, karier pekerjaan, usaha, bisnes, rumah tangga, keluarga, jodoh, pasangan hidup dan masih banyak lagi yang lainnya. Dan itu membuat anda semakin frustasi, stress dan depresi.

 

Apakah ini dikeranakan sikap dan perbuatan anda kurang baik terhadap sesama? Saya yakin sikap dan perbuatan anda terhadap sesama sangat baik. Anda suka menolong dan membantu terhadap sesama.

 

Apakah anda kurang berusaha? Anda pasti sudah berusaha maksimum dalam hidup anda yang berkenaan dengan ekonomi, rumah tangga, pekerjaan, usaha, bisnes dan semua yang ada dalam hidup anda.

 

Apakah anda tidak pernah bersedekah? Tentu saja anda sudah melakukannya untuk berbagi rezeki terhadap sesama.

 

Apakah ini kerana anda kurang bersyukur? Dan anda termasuk dalam golongan hamba Allah yang kufur nikmat? Saya sangat yakin tidak kurang-kurang rasa bersyukur anda.

Apakah anda tidak pernah berdoa? Selaku umat beragama tentunya anda tidak pernah meninggalkan doa dalam setiap aktiviti anda sehari-hari.

 

Dapat disimpulkan hal-hal seperti dibawah ini semua sudah anda lakukan :

  • Berbuat Baik
  • Berusaha       
  • Bersedekah  
  • Bersyukur     
  • Berdoa           

 

Tapi mengapa beban hidup anda masih tetap saja berat untuk dijalani?

Dan sampai bila anda akan terus seperti sekarang ini?

Sementara waktu terus berjalan dan usia anda semakin bertambah!

Waktu tidak pernah peduli siapa anda dan apa yang akan terjadi pada anda!

Waktu akan terus berjalan sesuai dengan kudratnya!

 

Logik dan kata-kata motivasi diri tidak cukup untuk mengubah dan memperbaiki takdir dan nasib hidup anda untuk menjadi lebih baik..!

 

Dan itu semua adalah bahagian dari ikhtiar lahir..!

Lantas apa yang harus anda lakukan untuk merubah serta memperbaiki hidup anda..?

 

Ikhtiar Batin dengan Amalan Hikmah Karomah Ayat Kursi.

 

Takdir dan nasib hidup yang buruk tidak selalu merupakan dari ketentuan Allah. Takdir dan nasib hidup yang buruk boleh juga terjadi kerana Faktor X. Faktor X ini apa? Faktor X ini juga merupakan bahagian dari rahsia Allah seperti halnya rezeki, jodoh, lahir dan mati.

 

Faktor X ini yang menyumbat, menutup dan menghalangi setiap hajat, harapan, keinginan, kemahuan, kehendak dan cita-cita anda untuk memperbaiki hidup dalam lantunan munajat doa anda. Ibarat sebuah paip air, apabila ada yang menyumbat tentunya air tidak akan boleh mengalir dengan baik dan lancar.

 

Dengan Amalan Hikmah Karomah Ayat Kursi, faktor X ini dibersihkan, dibuang dan dibuka. Supaya hajat, harapan, keinginan dan cita-cita anda yang terangkai dalam bentuk lantunan munajat doa dapat terkabul dan terwujud.

 

Sehingga hidup anda menjadi lebih mudah, lancar serta berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Baik itu yang berkenaan dengan rezeki, ekonomi, kewangan, rumah tangga, pekerjaan, jodoh, pasangan hidup, usaha dan bisnes.

 

Yang ada dalam hidup tidak semua boleh dijangkau dengan akal, yang kemudian ditindak lanjuti dengan ikhtiar lahir. Dimana untuk wilayah ini diperlukan adanya ikhtiar batin. Dengan ikhtiar batin anda dapat menjangkau faktor X tersebut.

 

Ikhtiar batin sangat penting dan sangat diperlukan dalam situasi dan keadaan apa pun di masa sekarang atau pun di masa yang akan datang. Kerana anda tidak pernah tahu apa yang akan terjadi pada diri anda setiap saat dan setiap waktu. Dan sudah banyak kejadian yang ada dalam hidup anda sebagai bukti nyata. Tapi mengapa anda tinggalkan ikhtiar batin?

 

Banyak orang yang tidak tahu tentang doa. Sebenarnya di dalam setiap doa ada energi yang terpancar yang mengikuti Law of Attraction atau hukum tarik menarik.

 

Amalan Hikmah Karomah Ayat Kursi Anugerah Agung akan membersihkan, membuang dan membuka faktor X yang ada pada diri anda untuk memperlancar energi doa anda, dan kemudian memperkuat energi doa anda untuk menarik apa yang menjadi hajat anda agar terwujud.

 

Apakah anda pernah mendengar atau tahu dengan istilah ruqyah dan ruwatan? Ruqyah adalah method pengubatan Islam dengan doa-doa untuk sakit yang disebabkan medik mahupun non medik. Ayat Kursi merupakan salah satu bacaan yang dipergunakan dalam ruqyah untuk pengubatan non medik. Sedangkan rawatan sendiri adalah bahagian dari sebuah tradisi budaya yang bertujuan untuk membersihkan hal-hal yang tidak baik dalam hidup yang bersifat immaterial.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s